Sunday, 28 June 2015

SEBARKAN!! : Berhati-Hati Ketika Melawat Orang Meninggal Dunia,Janganlah Sampai Jadi Sebegini

$%Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…please take note of this for our on good…. org tua-tua used to say…. bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.     
2
Sekadar gambar hiasan

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah…katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.
Oleh: Zalimah Bte Hj Harun
sumber : harianblogger


AWAS!! : Kesan Yang Amat Mengejutkan Berlaku Kepada Tubuh Anda Jika Termakan Beras Palsu




Sebelum ini kita biasa dengar beg plastik, botol plastik, muka plastik dan bagaimana pula dengan beras plastik? Di negara jiran Indonesia heboh dengan kehadiran beras plastik yang menguasai pasar harian di sekitar Kota Bekasi, Indonesia.

Penyebaran beras plastik ini boleh dikatakan berleluasa kerana bukan sahaja di Indonesia, pasaran gelap beras plastik ini telah sampai ke Sngapura dan mungkin Malaysia.



Seperti dilaporkan, beras plastik ini telah menular di negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji seperti India, Indonesia, Vietnam dan akhir-akhir ini, Singapura.

Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri dengan diproses sama bentuk dengan beras asli.

Beras tiruan tersebut dikatakan sudah memasuki pasaran Singapura dan beberapa penemuan beras tersebut telah mula tersebar.



Jika benar perkara seumpama ini berlaku di Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dalang dalam perkara ini.

Namun tanpa laporan daripada orang ramai, agak sukar pihak berkuasa membanteras gejala licik sebegini kerana pengedar tiruan beras plastik ini mencampurkan beras plastik ke dalam beras tulen. 
Hasilnya, beras yang dimasak tidak sekeras jika hanya memasak beras plastik sahaja.



Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, pasukan penyiasat itu akan memberi tumpuan kepada kedai-kedai runcit kecil untuk memeriksa sama ada mereka menjual beras palsu, terutama di luar bandar dan kawasan luar bandar.

"Kami akan menjalankan siasatan kami, tetapi saya ingin menggesa pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada kementerian jika mereka mencari beras tersebut.

"Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan," tegasnya.

Jika dilihat, semua makanan yang dihasilkan untuk rakyat moden zaman ini sebahagiannya memang mengandungi racun formalin dan bahan kimia yang lain. Kehadian beras plastik menambah lagi senarai makanan 'beracun' yang boleh dibeli dipasaran. Dalam jangka masa pendek, makanan 'beracun ini bakal menimbulkan gangguan penyakit.



Dalam jangka masa panjang pula, dapat dilihat kualiti generasi bangsa Malaysia yang menggunakan beras plastik sebagai makanan ruji akan menurun dan kurang daya berbanding penduduk negara lain. Akibatnya, mungkin  rakyat Malaysia bakal mengidap penyakit berbahaya dalam usia muda. 

Pakar kesihatan di China melaporkan jika seseorang memakan beras plastik ini dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.

Satu laporan di Very Vietnam menyatakan bahawa seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.

Cegah sebelum parah. Kita mampu mengubahnya!


Kisah Benar Seorang Abang Yang Bangga Ada Adik Istimewa



Mempunyai adik-beradik yang mengalami sindrom down adalah amat mencabar bagi ahli-ahli keluarga dari segi fizikal dan emosi. Ada juga setengah ahli keluarga yang berasa malu kerana mendapat adik istimewa ini. Tapi tidak bagi Bengah kerana adik istimewa nya itu juga seperti insan biasa yang lain dan mempunyai ruang mereka sendiri di sisi masyarakat. Apa yang Bengah ingin kongsikan ialah dia tidak malu apa yang ingin dikatakan oleh masyarakat tapi sebaliknya membuktikan kepada mereka yang dia boleh menjaga, melatih dan mendidik anak istimewa.

Bengah ni selalu kongsikan gambar dan video gelagat adiknya di laman sosial yang sudah menjadi viral sampai ada yang labelkan Bengah ni sombong sebab tak approve friends requests di facebook. Bengah kata bukan dia tak nak approve tapi boleh add friend sampai 5000 je. Wah, kemain lagi Bengah, dah macam selebriti. Hahaha.

Bengah kata video yang selalu dia buat tu tak lah menarik sangat tapi cara dia berinteraksi dan memahami kehendak adiknya serta gelagat dan gaya Afiatul yang comel tu semestinya menarik perhatian orang ramai.


Jadi jangan jadikan anak/adik istimewa ini sebagai beban atau masalah tetapi anggap mereka sebagai satu peluang dan rahmat kepada kita. Jom layan video ni bila Bengah nak ajar adik istimewa dia Afiatul berdikari dengan menyuruhnya  pergi membeli barang di petronas seorang diri. Kalau anda nak tengok lagi gelagat dan telatah mereka berdua ini, anda boleh ikuti mereka di facebook Makhlok Macho.


AWAS!! Inilah Padah Apabila Anda Dengan Selamba Bangga Share Gambar Anak Anda Di Laman Sosial...




Negara kita digemparkan dengan kewujudan individu yang gemarkan seks dengan kanak-kanak. Lebih mengejutkan apabila individu terbabit adalah rakyat Malaysia sendiri.

Terbaharu, Dr Shukri Abdullah memberi saranan khas kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati dalam berkongsi gambar anak mereka di laman sosial.

Baca perkongsian beliau di bawah:

LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!

Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:

Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.

Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB - nama anak, nama sekolah dsb.

Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya.

Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:

Budak perempuan: Umur 7 thn

Rambut Hitam, Mata Hitam

Comel, $70,000

Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang memudahkan kerja jahatnya.

Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile - suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.

HENTIKAN TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB.

HENTIKAN LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB.

HENTIKAN BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB ANDA.

Tolong pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga kita semua.
(Posting pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah dgn sedikit pengubahsuaian).






BONGKAR!! : Inilah Yang Disembunyikan Oleh Yahudi Tentang Daging Kambing




Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.

Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging Kambing Adalah Daging Yang Paling Baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.

Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.

Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


BIAR BETUL!! : Google Street Secara Tidak Sengaja Terakam Sesuatu Yang Amat Menyeramkan DiRumah Tidak Berpenghuni Ini...

Dengan perkembangan teknologi yang begitu maju dewasa ini, tentu manusia sudah cukup sulit harus lepas dari gadget. Karena melalui gadget dan teknologi, kamu bisa mendapatkan apapun yang kamu lakukan lewat internet. 


Namun bagaimana jika teknologi dan gadget malah merakam sebuah penampakan hantu yang sejatinya tak bisa dijelaskan oleh logik itu?
Itulah yang terjadi pada sebuah rumah bergaya Victoria di Camden, New York ini. Kamera Google Street View berhasil menangkap penampakan misterius dalam rumah yang konon katanya dibangun tahun 1880-an silam. 
Dalam penampakan itu, ada jejak telapak tangan berwarna putih di jendela rumah kuno itu, seperti dilansir Daily Mail.
Lantaran penampakan misterius itu, rumah kuno ini pun kini menjadi perbincangan. Cukup mengejutkan jika ternyata rumah tersebut tengah dijual lewat iklan dengan harga relatif murah yakni sekitar USD 105 ribu 
 Dibandingkan dengan bentuknya yang besar dan merupakan arsitektur kuno, harga segitu memang cukup rendah di pasaran properti Amerika. Tak heran jika harga rendah itu diduga kuat karena rumah tersebut berhantu.
Terungkap jika rumah ini sudah dijual semenjak tahun 2010 dengan pemilik terakhir yang misteri karena meninggalkan rumah itu tak lama usai dibeli. Jika benar, maka rumah yang masuk dalam daftar warisan bersejarah National Register of Historic Places tersebut sudah kosong selama lima tahun lamanya.
Dari penelusuran yang ada di situs iklan properti Fannie Mae Homepath, rumah kuno ini konon kabarnya dibangun oleh pendeta yang jadi jutawan kaya raya. Namun pendeta tersebut akhirnya menjual rumah kuno miliknya demi membayar hutang. Hanya rumah itu tak bisa laku sesuai harapan hingga akhirnya dia bangkrut begitu saja.
Kini netizens pun berdebat sendiri mengenai penampakan jejak tangan warna putih itu. Ada yang menduga bahwa itu hanyalah ulah orang yang menggunakan cat, meskipun memang ada yang mengira itu benar-benar hantu.
Seram, Sosok Hantu kanak-kanak Menangis Tertangkap Kamera Google!
Apakah kamu percaya dengan adanya hantu? Mungkin jawaban yang kamu berikan bakal berbeda-beda. Namun bagaimana jika sosok hantu berhasil ditangkap oleh perangkat teknologi canggih seperti Google Street View? Apakah kamu percaya kalau hantu benar-benar ada?
Hal itulah yang pada Jumat (13/2) kemarin terjadi di kota Liverpool, Inggris. Saat itu kamera Google berhasil merekam penampakan yang diyakini sosok hantu bocah perempuan yang menangis di sebuah bangunan tua menyeramkan yang pernah jadi bekas panti yatim. 
Lebih seramnya lagi, kejadian itu tertangkap pada tanggal 13 di hari Jumat yang dikenal sebagai hari horor Friday 13th.
Dalam foto yang direkam oleh kamera Google itu, kamu bisa melihat ada sosok berwarna kuning yang mengintip dari jendela bangunan. Sosok itu tampak menyeramkan dan membuat siapapun merinding. Padahal bangunan tua itu sudah terbengkalai dan tidak ada penghuninya sejak lama, seperti dilansir Liverpool Echo.
Disebutkan bangunan berdinding bata merah itu pernah menjadi tempat penampungan anak-anak yatim bernama Seaman's Orphan Institution. Setelah tak dipakai, bangunan itu sempat pula jadi rumah sakit Newshan Park sampai akhirnya Dewan Kota Liverpool menutup lokasi tersebut pada tahun 1997 silam.
Sebagai panti yatim, pernah ada kurang lebih 400 anak yatim dan saat menjadi rumah sakit, ada sekitar 400 pasien yang dirawat di sana. Karena menjadi bangunan yang ditinggalkan, suasana di dalam bangunan tampak mencekam dan mengerikan seperti barang-barang yang dibiarkan begitu saja.
Banyak orang kerap mendengar suara-suara mengerikan dan sosok makhluk halus gentayangan di bangunan itu. Sehingga saat kamera Google menangkap penampakan sosok misterius, banyak yang percaya jika itu adalah hantu bocah perempuan menangis yang mengerikan.-kapanlagi


Jawapan Balas Dari 'Diva' Azwan Ali Selepas Kisah Wanita Dimaki Hamunnya Viral Di Laman Sosial...

$%Susulan dari kes Azwan Ali memaki hamun seorang followernya di Twitter, wanita berkenaan menerima jemputan untuk menjamu selera di restoran berkenaan dari pemilik Me’nate Steak Hub sendiri.
1

Bagaimanapun, ‘drama’ rupanya tidak habis di situ. Azwan Ali kali ini membuat kenyataan balas di laman Instagram pula.
“Besar hama tak berkudis dengan all Melayu anjing yang terus #menyalakkk dok support betina najis ‘MENATE’! Terbukti merekalah binatang Melayu dan Melayu syaitan direjam yang terus amok di bulan ramadhan & berlagak sebijik syaiton! Sikit pun tak goyah! Tuhan ada! Tuhan tahu kebenarannya! In fact, Diva AA terbang tinggi sambil meludah balik all,” katanya.
Sudah bersalah tak mahu mengaku apatah lagi memohon maaf. Umum tahu lelaki yang menggelarkan dirinya Diva ini sudah pergi ke tanah suci beberapa kali dan juga mendapat gelaran haji tetapi masih begitu juga perangainya.
Apa pun, kami doakan moga Diva Azwan Ali dilembutkan hatinya untuk berubah dan memohon maaf kepada mangsa makiannya. – THEHYPEMEDIA.COM


GEMPAR !!! "Padanlah Jika ALLAH S.W.T Menurunkan Bala Pada MAS !!!"


Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA....

Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja ‘Beer percuma’....

‘Beer, beer, beer....!’

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.

Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,

“Betul ke awak ini lebih 18 tahun...?”

Budak itu jawab...., “YA!”

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam....

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan.

Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.
Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya....

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak......

Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah.......


UPDATE TERKINI ,Status Mengejutkan Dari Perempuan KES Dera Kanak-Kanak Yang Sungguh Biadap !!!


Amboi..siap ade page fans..mAsAlAh mental diorang ni..kesian..moga undang2 betul2 jatuhkan hukuman....

setimpal la..ank kandung die sendiri,bakal terlepas ke tgn rumah kebajikan rasanya...xkan laa....

mahkamah sng2 nk bg hak jagaan ank kt diorg kan.....









Keluarga DEDAHkan Punca Sebenar Pertunangan Adira dan Shahrul PUTUS Yang Amat MENGEJUTKAN !!!!


 Berita megenai Adira putus tunang baru-baru ini hebah diperkatakan namun dalam masa yang sama, Adira sendiri tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan bersama tunangnya....

“Dia (Elizabeth) tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima,” kata Adira kepada Kosmo....!

Selain itu, Adira sendiri tidak mahu membuka mulut mengenai apa yang telah berlaku selain memberitahu bahawa dia ada menghubungi Elizabeth dan berborak dengannya supaya dia tidak rasa dirinya bersalah....

“Biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan Shahrul. Sejujurnya, saya sudah boleh terima hakikat apabila berstatus solo kini. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak...”/

Rentetan dari kenyataan Adira yang diterbitkan Rotikaya ini, muncul di ruangan komen seseorang yang mengaku datangnya dari keluarga belah Shahrul dan menafikan tentang isu hilang cincin jadi punca tetapi mendedahkan punca sebenar adalah dari Shahrul sendiri......

KREDIT : ROTIKAYA....




6 Koleksi Gambar Di Dalam PIRAMID Yang Belum Pernah Kita Lihat Sebelum Ini !!!


90 peratus manusia di muka bumi ini belum pernah melihat rupa dalam di dalam Piramid. Anda pernah ?Jom tengok....
-
-
Ayuh Lihat Rupa Dalaman Di Dalam PiramidMacam-macam analasis dan kajian dibuat tentang pembinaan piramid. Antara nya ada yang menyebutnya sebagai bangunan warisan UFO dengan alasan terdapat bangunan mirip piramida ditemukan di Mars yang berada satu lintang derajat yang sama dengan lintang derajat di Bumi, ada pula yang mengatakan peninggalan peradaban Atlantis dan sebagian lagi mengatakan bahawa pembinaan piramida digunakan dengan alasan bahawa pada peradaban lampau,tapi bagaimana rupa bahagian dalaman piramid? Jom lihat isi di dalam piramid ini.....







Untuk melihat lebih puas hati lagi, anda rancanglah percutian ke sana..... Mungkin lebih banyak ilmu dan pengetahuan yang anda dapat tentang misteri piramid ini...!!!


Isteri Cantik Bingung Kenapa Suaminya Tidak Mahu Menyentuhnya...Rupa-Rupanya....



gambar hiasan

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.

Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri. Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu,saya cuba mencari alternatif sendiri dengan mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita.

Mia, 30, Selangor

Jawapan Datuk  Amli Embong, Peguam Syarie

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.

Sinar Harian


GEMPAR!! Brad Pitt Akui Satu Kesilapan Besar Kahwini Angelina Jolie


Siapa sangka, pasangan bahagia Brad Pitt dan Angelina Jolie dikhabarkan bakal mengakhiri rumahtangga selepas 10 tahun bersama.

Punca utama mereka bakal bercerai kerana sikap Angelina Jolie yang membuatkan Brad Pitt semakin bosan dengan rumah tangga mereka.

Akibat daripada itu, Brad Pitt kini dalam perancangan untuk bercerai dan akui mendirikan rumah tangga dengan isterinya itu satu kesilapan besar.

“Dia (Angelina) suka memerintah suaminya secara suka-suka. Malah Angelina sudah beberapa kali menjatuhkan maruah suaminya di hadapan ahli keluarga mereka. Perkara ini membuatkan Brad Pitt tidak tahan lagi dan menganggap pernikahan mereka adalah satu kesilapan besar,” jelas sumber terdekat pasangan ini.

Dalam pada itu, mereka berdua dikhabarkan cuba kembali duduk bersama namun ianya tidak berhasil dan bersetuju untuk berpisah.

Walau bagaimanapun baik Angelina Jolie mahupun Brad Pitt kedua-duanya masih belum memberi kenyataan rasmi mengenai berita ini.


MESTI KORANG TERKEJUT : 8 Gambar Wajah sebenar Pelakon Mak Lampir...

$%Mengejutkan sebabnya admin ingat pelakon sebenar tu LELAKI..haha.

Apapun ini sedikit biodata pelakon Mak Lampir yang bergitu popular suatu masa dahulu.


Farida Pasha atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir yang lahir 1952 (umur 62–63 tahun) di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia beragama Islam mula aktif berlakon sejak 1977 hingga sekarang.

Inilah wajah sebenar pelakon tersebut :-





(VIDEO) Terjemahan Lirik Lagu Doraemon Yang Tidak Diketahui Umum



$Ramai juga yang meminati lagu Doraemon ni kan? Tapi ramai juga yang tidak mengetahui terjemahan sebenar lirik lagu Doraemon ni.




PELIK!! Ibu Dan Bayi Selamat , Juruterbang Maut


Nelly Murillo, 18, dana anak lelakinya berusia tidak sampai setahun, ditemui dekat kawasan pesawat ringan Cessna 303 terhempas dalam hutan tebal, Sabtu lalu.
“Ia ajaib. Kawasan itu amat berbahaya. Semangat wanita itu sebagai ibu pastinya amat kuat membolehkan bayi itu terus hidup,” kata Kolonel Hector Carrascal, pemerintah Tentera Udara Colombia di Antioquia.
Menurut Carrascal, Murillo yang hanya cedera ringan dan bayinya dibawa dengan helikopter ke hospital.

“Saya terkejut kerana mereka masih hidup. Wanita itu mengalami beberapa luka kecil dan melecur manakala bayinya tidak cedera,” katanya.
Juruterbang pesawat itu, Kapten Carlos Mario Ceballos, terbunuh dalam kemalangan itu.
Selepas menemui mayat juruterbang, pasukan penyelamat mendapati pintu pesawat terbuka menyebabkan mereka yakin ada mangsa yang terselamat.
Seramai 14 anggota penyelamat mencari dalam hutan tebal itu selama beberapa hari dan pada hari terakhir sebelum operasi mencari dan menyelamat ditamatkan, wanita berkenaan dan anaknya muncul berhampiran pesawat itu.
Pesawat itu menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara kawasan pedalaman di utara Colombia dan ketika kejadian, ia sedang menuju ke Quibo dari Nuqui.


BIAR BETUL!! Kanak-Kanak Ini Temui Sesuatu Yang Amat Menakutkan Dalam Rumah Mereka

Kebanyakan orang percaya bahawa mereka berasa selamat apabila berada di dalam rumah mereka sendiri..Walaubagaimana pun, kisah ini pula membuktikan sebaliknya, walaupun, ia jarang-jarang berlaku..Di sini, ketika kedua kanak-kanak lelaki sedang bermain di dalam bilik ibu bapa mereka, mereka telah membuat satu penemuan yang mengejutkan..Ini boleh menakutkan mana-mana pemilik rumah yang mempunyai masalah yang sama..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Rumah yang mereka diami telah dibina sejak awal tahun 2000 lagi. Jika sekali tengok, tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai rumah ini.



Tetapi, lain ceritanya apabila si pemilik baru menjumpai satu ruang rahsia di bahagian belakang rak buku..




Bilik ruang rahsia itu turut mempunyai anak tangga.




Tangga yang tinggi dan berputar itu didapati menuju ke arah bawah, secara terus di dalam dinding.




Di dalamnya, kedua kanak-kanak ini telah menemui perkara yang menakutkan: bukti bahawa terdapat orang lain yang turut tinggal bersama mereka. Di dalam dinding mereka sendiri.




Mereka juga turut menemui sebatang anak kunci yang aneh dan tidak diketahui apa yang ia boleh bukakan.




Dan sudah tentu, mereka juga menemui anak patung yang menyeramkan di dalam bilik rahsia itu.




Pada masa ini, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi mencari individu yang tinggal di dalam rumah mereka. Kerana terdapat sisa-sisa makanan, ia seoalah-olah menunjukkan individu terbabit boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa yang dia suka. Selain itu, terdapat juga timbunan kecil pakaian di sekitar katil itu. Gula-gula dan snek yang dimakan turut dikenalpasti sebagai kepunyaan kanak-kanak berkenaan, tetapi sesiapa sahaja yang tinggal di ruang berkenaan, dia mampu merangkak keluar pada waktu malam untuk mencuri sesuatu.


p/s: Berhati-hati lah apabila membeli rumah, takut-takut nanti ada yang menumpang sekali..