Friday, 26 June 2015

Filled Under:

Inilah Yang Terjadi Jika Anda Amalkan Minum Air Lemon Setiap Pagi


 Setiap orang mempunyai rutin harian yang tersendiri pada setiap pagi untuk memulakan hari . Ada yang melakukan yoga sejurus selepas bangun tidur , ada yang mengamalkan meminum air kosong dan sebagainya .

Rahsia Minum Air Lemon Setiap Pagi




Walau apa jua rutin yang diamalkan , sudah pasti ia mempunyai keberkesanan dan kebaikan yang tersendiri terutama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan .




Antara manfaat dan rahsia minum air lemon setiap pagi adalah :

Detoksifikasi


Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin . . Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi .

Alkali


Lemon merupakan sejenis buah yang bersifat asid , justeru ianya mempunyai keupayaan untuk mengurangkan alkali yang tinggi dan menyeimbangkan paras pH terutama kepada mereka yang gemar memakan keju , daging atau alkohol .

Sistem Imun


Seperti yang kita tahu , buah-buahan sitrus sememangnya kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selsema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun .

Penghadaman


Kebanyakan orang mengamalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur bagi merangsang saluran penghadaman . Air suam yang dicampur dengan lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan hati .

Kecantikan


Umum tahu bahawa buah lemon dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat jika anda mengamalkan menyapu perahan air lemon pada wajah . Selain itu , meminum air lemon suam pula dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan .

Sekian untuk rahsia minum air lemon setiap pagi .

Sumber : Blogparihh




0 comments:

Post a Comment