Sunday, 28 June 2015
Filled Under:
Kisah Benar Seorang Abang Yang Bangga Ada Adik Istimewa
Posted By:
Unknown
on 19:42
Mempunyai adik-beradik yang mengalami sindrom down adalah amat mencabar bagi ahli-ahli keluarga dari segi fizikal dan emosi. Ada juga setengah ahli keluarga yang berasa malu kerana mendapat adik istimewa ini. Tapi tidak bagi Bengah kerana adik istimewa nya itu juga seperti insan biasa yang lain dan mempunyai ruang mereka sendiri di sisi masyarakat. Apa yang Bengah ingin kongsikan ialah dia tidak malu apa yang ingin dikatakan oleh masyarakat tapi sebaliknya membuktikan kepada mereka yang dia boleh menjaga, melatih dan mendidik anak istimewa.
Bengah ni selalu kongsikan gambar dan video gelagat adiknya di laman sosial yang sudah menjadi viral sampai ada yang labelkan Bengah ni sombong sebab tak approve friends requests di facebook. Bengah kata bukan dia tak nak approve tapi boleh add friend sampai 5000 je. Wah, kemain lagi Bengah, dah macam selebriti. Hahaha.
Bengah kata video yang selalu dia buat tu tak lah menarik sangat tapi cara dia berinteraksi dan memahami kehendak adiknya serta gelagat dan gaya Afiatul yang comel tu semestinya menarik perhatian orang ramai.
Jadi jangan jadikan anak/adik istimewa ini sebagai beban atau masalah tetapi anggap mereka sebagai satu peluang dan rahmat kepada kita. Jom layan video ni bila Bengah nak ajar adik istimewa dia Afiatul berdikari dengan menyuruhnya pergi membeli barang di petronas seorang diri. Kalau anda nak tengok lagi gelagat dan telatah mereka berdua ini, anda boleh ikuti mereka di facebook Makhlok Macho.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment